ASSALAMUALAIKUM BUAT TATAPAN PEMBACA SEKALIAN

Friday, December 18, 2009

JUARA

Tahniah buat pasukan bola sepak kebangsaan di atas kemenangan anda semua...emas buat kita semua seluruh rakyat Malaysia.....

Tuesday, December 15, 2009

tahniah!!!!!!!!

Tahniah buat pasukan bola sepak kita kerana berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Sukan Sea Laos. Bertemu dengan Vietnan merupakan cabaran sebenar skuad kita kerana mereka mempunyai pemain-pemain yang berkualiti tinggi dan juga mengamalkan corak permainan pantas. Skuad kita harus bermain secara taktikal bertahan untuk menyerap asakan lawan serta melakukan serangan balas seperti harimau yang kelaparan untuk menghasilkan gol. Selain itu juga, kepantasan Badrol Bahtiar harus digunakan sebaik mungkin untuk mengucar-kacirkan pihak lawan. Pastinya, perlawanan akhir di antara Malaysia dengan Vietnam akan ditunggu-tunggu penulis kerana hampir 20 tahun Malaysia tidak memenangi emas di dalam acara itu. Kali terakhir Malaysia memenanginya ialah pada tahun 1989. 'go Malaysia go'.

(TERINGAT PENULIS SEMASA DIBANGKU SEKOLAH. BERMAIN DIPOSISI PENJAGA GOL.HUUUHHHH)

Monday, December 14, 2009

sejarah perkembangan Mat Rempit

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motosikal pelbagai jenis. Antara yang sering di gunakan oleh mat rempit adalah motosikal jenis RXZ, EX5, RGV dan sebagainya untuk berlumba. Ianya merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula bolehlah dianggap seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Mat Rempit adalah perkataan dan pengistilahan baru yang muncul dari budaya anak-anak muda. Perkataan ini sama seperti Minah Karan, Mat Spanner, Mat Skodeng, Bohsia atau Bohjan. Mat Rempit ini berasal dari perkataan bahasa slanga. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.

Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen yang sah di sisi undang-undang, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan telah bertukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

Golongan ini mula beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Jalan yang mencabar bagi mereka ialah di selekoh berbahaya, jalan berlubang, berair, berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakan-rakan, musuh dan orang ramai. Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintetik seperti syabu dan ice.

Menurut Prof Mohamad Hussain Habil (2008), mencadangkan supaya menghentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai 'Mat Rempit'. Menurutnya lagi, dengan memberi gelaran itu kepada mereka, golongan berkenaan akan berasa lebih besar kepala dan mendorong mereka untuk meneruskan gelagat mereka dengan lebih kerap lagi. Sebenarnya, remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label 'Mat Rempit' yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat terhadap kegiatan mereka. "Cerita tentang mereka yang sering tersiar dalam akhbar, majalah, radio dan televisyen juga menjadikan mereka lebih berazam untuk meneruskan gaya hidup mereka itu kerana ianya memenuhi ego mereka yang kononnya merupakan golongan yang macho dan berani.

Isu Mat Rempit ini sememangnya tiada kesudahan. Golongan ini seolah-olah tidak memperdulikan apa yang dikatakan kepada mereka malah sanggup berlawan dan menentang dengan pihak polis semata-mata demi kepuasan diri masing-masing. Tidak cukup dengan itu, kes jenayah yang melibatkan mat-mat rempit ini juga semakin menjadi-jadi. Menurut Datuk Abdul Aziz Yusof, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman (2009), istilah Mat Rempit akan digantikan dengan istilah ‘Samseng Jalanan’. Keputusan ini telah dicapai oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti golongan berkenaan. Menurutnya lagi, pihak polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan berbangga dengan istilah tersebut.

Menurut S. Nathesan (2009 :40), menyoal adakah istilah atau slanga Mat Rempit akan kekal dalam kosa kata Melayu, tidaklah dapat dipastikan. Hal ini demikian kerana slanga seperti ‘bohjan’ dan ‘bohsia’ kini sudah tidak begitu popular.

Menurutnya lagi, ketekalan sesuatu slanga seperti istilah Mat Rempit banyak bergantung pada penggunaanya. Apabila penggunaanya sudah tidak popular, maka akan hilanglah kata atau istilah tersebut.

Sunday, December 13, 2009

bahasa slanga


Bahasa merupakan anugerah tuhan kepada manusia dan keistimewaan inilah membezakan kita dengan haiwan. Bahasa bukan sekadar patah-patah perkataan tetapi mengandungi banyak maklumat dan mengungkap pelbagai maksud. Manusia menggunakan bahasa untuk berkomuniksi, menggerakkan perasaan, melahirkan fikiran, menyampaikan ilmu, mencipta keindahan dan mewariskan kebudayaan daripada satu generasi ke satu generasi.

Maknanya, bahasa mempunyai pelbagai fungsi dalam kehidupan manusia. Fungsi bahasa sebagai sistem komunikasi harus dapat difahami makna dan tujuannya. Ini kerana semasa kita berbahasa, kita mesti ingat bahawa, tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat setempat dan penggunaan bahasa mereka. Jika tidak, kita akan tergolong sebagai individu yang egois, tidak beradat dan tidak berbudaya.

Mengikut Arbak Othman (1981:11), sebagai anggota sesuatu masyarakat, seseorang itu bergantung kepada penggunaan bahasa dalam semua aktiviti sosialnya. Tanpa bahasa, sesuatu masyarakat tidak akan dapat bekerjasama. Dengan itu, bahasa adalah hak sesuatu masyarakat atau kelompok yang menuturkannya.
Walaubagaimanapun, dalam keadaan serta untuk keperluan tertentu, wujud kelompok penggunaan bahasa yang menggunakan atau menghasilkan sesuatu bahasa untuk memenuhi keperluan berdasarkan norma dan tujuan yang tersendiri. Sehubungan itu, lahirlah satu bentuk bahasa yang dikenali sebagai slanga.

Menurut Zaitul Azma (2006:12) bahasa slanga wujud dalam semua bahasa dan bangsa dan dituturkan oleh semua orang yang mengetahuinya termasuklah mereka yang berpendidikan tinggi. Kadang kala, penggunaan bahasa slanga berlaku tanpa sedar, mungkin di sebabkan keasyikan atau keperluan seseorang untuk berbahasa dengan golongan yang menggunakan bahasa slanga ini.

Sebenarnya penggunaan bahasa slanga ini bukanlah satu gejala yang baru dalam perkembangan Bahasa Melayu. Perkembangan ini dapat dilihat apabila Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa ilmu di negara ini. Bahasa slanga mempunyai perbezaan antara satu bahasa slanga dengan bahasa slanga yang lain, khususnya dari segi kosa kata, istilah, ejaan, dan sebutan berdasarkan jenis dan tempoh masa tertentu.

Walaubagaimanapun, penggunaan bahasa slanga ini semakin popular dan mendapat tempat dihati masyarakat. Penggunaan bahasa slanga yang meluas selalunya di gunakan di dalam laman chat seperti Yahoo Massenger (YM), Skype, Friendster, Facebook, Blog, sistem pesanan ringkas (SMS) dan Tagged. Selain itu juga, penulisan novel-novel remaja dan majalah-majalah yang berbentuk hiburan turut menggunakan pendekatan yang sama.

Majalah berbentuk hiburan seperti majalah komik, majalah ‘Gila-Gila’, ‘Ujang’, ‘Din Beramboi’, ‘Apo’ dan juga novel-novel kreatif merupakan majalah yang paling popular dari segi penggunaan bahasa slanganya.

Fenomena ini sebenarnya menimbulkan kontroversi di kalangan ahli bahasa. Ada yang menggangap penggunaan slanga sebagai perkara biasa dan ada juga yang beranggapan sebaliknya, iaitu boleh mencacatkan usaha-usaha memajukan Bahasa Melayu agar setanding dengan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Jepun, Perancis, Korea dan China.

Menurut S.Nathesan (1994:41), laras ini berkembang pesat dan sudah menjadi satu unsur penting dalam kebanyakkan penerbitan akhbar dan majalah. Laras ini memenuhi citarasa dan aspirasi audiensnya yang mahu berhibur ketika membaca novel kreatif atau komik jenaka. Oleh yang demikian, aspek tatabahasa tidak di ambil kira dalam penggunaan bahasa kartun kerana audiensnya bukan terdiri daripada mereka yang mahu membaiki atau mengayakan bahasa, tetapi sekadar untuk berhibur sahaja ketika membaca.

Menurut Yeop Johari Yaakob (1987:99), kebanyakkan bahasa slanga tidak panjang umurnya. Tapi ada juga yang terus hidup dan di gunakan dalam bahasa pergaulan. Bahasa slanga yang telah diterima umum, di anggap bukan lagi sebagai bahasa slanga. Biasanya wartawan dan pengarang melalui tulisan mereka di akhbar dan majalah yang menerapkan penggunaan bahasa slanga kepada bahasa umum. Bahasa ini sudah di kenali dan di gunakan oleh masyarakat pembaca dalam pergaulan sehari-hari.

Sebenarnya bahasa slanga ini tergolong dalam ‘bahasa terbatas’ kerana mengandungi ciri-ciri tertentu yang hanya di gunakan dan di fahami oleh golongan tertentu sahaja. Bahasa yang di gunakan oleh satu generasi berbeza dengan bahasa yang di gunakan oleh generasi yang lain. Penggunaan slanga daerah berbeza daripada slanga di kota. Bahasa slanga di Kuala Lumpur berbeza daripada bahasa slanga di Kota Kinabalu, Kelantan, Negeri Sembilan dan sebagainya. Demikian juga bahasa slanga dalam tahun 50-an berbeza dengan bahasa slanga dalam tahun 90-an. Sebenarnya, bahasa slanga tidak hanya terbatas di negara kita sahaja malah negara-negara lain di dunia ini juga turut mendapat tempiasnya.

Menurut Raja Masitah Raja Ariffin (2006:24), slanga bukan sahaja wujud di Malaysia dan Indonesia, malah dalam pelbagai bahasa di dunia. Antaranya termasuklah slanga London, iaitu slanga berirama Cockney yang dituturkan di kota London. Contoh lain yang agak terkenal dan masih dirujuk dan digunakan ialah Cockney Rhyming Slang (slanga berirama Cockney), iaitu kosa kata atau frasanya digantikan dengan kosa kata atau frasa lain yang berima dengannya. Penggantian berima kerap diberikan singkatan dan membuatkan ekspresinya sukar difahami. Slanga juga meliputi kata-kata yang disebut terbalik, iaitu cenderung menterbalikkan huruf demi huruf bagi kosa kata.

Sebagai kesimpulannya, kewujudan bahasa slanga di negara ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi, iaitu pro dan kontra antara ahli bahasa. Fenomena ini menimbulkan minat para pengkaji untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi dalam aspek pengaruh slanga dalam Bahasa Melayu yang memungkinkan pengaruh bahasa slanga ini tidak mendominasi kewujudan Bahasa Melayu asli.

ARTIS vs ANTI

Keratan akhbar hari ini (HARIAN METRO 13DEC2009) begitu teruja apabila penulis membacanya.Tulisan paknil (Aznil Hj Nawawi) dlm ruangan hiburan ada kebenarannya.Artis luar sememangnya besar kepala,'kerek',berlagak, dan mcm2 lagi la penulis dengar dan membaca melalui ahkbar2.Loya tekak penulis sebenarnya..Akhlak dah la teruk,bahasa pula kurang ajar.Macam mana la orang nak hormat diaorang.Lagi satu penulis sebenarnya jelik sgt apabila drama Indonesia memenuhi semua 'channel' la katakan. Penulis rasa macam berada di Indonesia pulak.ORANG KITA MUDAH MENERIMA????. Penulis rasa semua orang mengerti dan faham maksud penulis. Fikir-fikir lah.

sekalung penghargaan buat pasukan bola sepak kita


Salam kepada pembaca sekalian. syukur alhamdullilah penulis masih berkesempatan untuk menulis buat tatapan pembaca sekalian. tidak terlalu awal penulis ingin merakamkan jutaan penghargaan buat pasukan bola sepak kita yg berjaya menewaskan musuh ketat kita iaitu Thailand dengan jaringan 2-1. sebenarnya kekuatan kita adalah saemangat malaysia boleh yg berjaya dipertontonkan kepada kita semua. walaupun sebelum ini kegagalan kita dlm memenangi pertandingan bola sepak diperingkat antarabangsa kurang membanggakan, namun persembahan skuad rajagopal yg dipertontonkan, mampu mencerahkan peluang untuk menggondol emas dlm acara tersebut. tunjuklah semangat malaysia boleh dan taring Harimau Malaya akan terus tajam membaham. sekian. 'MALAYSIA BOLEH'

Saturday, December 12, 2009

calarnya kedinamikkan bahasa


Salam kepada pembaca.Cuti sekolah ini penulis banyak menghabiskan masa di rumah kakak penulis di Kuala Lumpur.Bermain dgn anak buah sememangnya menyeronokkan sehingga terkadang terlupa hendak makan dan minum.huhuuu.Pada malamnya penulis membeli makanan disalah sebuah kedai berhampiran dengan rumah kakak.

Apa yang menyedihkan penulis bahawa masyarakat sekarang tidak menghiraukan dan ambil peduli tentang kekuatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dimaksudkan penulis.Begini, rata-rata peniaga mempamerkan nama kedai yang tidak mencerminkan bahasa Melayu.Contohnya seperti gambar di atas ini yang berjaya penulis ambil. .sedih bukan....emmmm...takkan la nak mengeja 'simpang' pun dah tak tahu.

Jika kita sendiri yang tidak memartabatkan bahasa kita siapa lagi.Takkan la kita nak suruh orang Indon,mat-mat Bangla nak martabatkan bahasa kita.Inilah realiti kita sebagai bangsa Melayu yang suka mencampuradukkan bahasa.Mana keaslian bahasa sekiranya hal ini tidak dipandang serius oleh kita masyarakat 1Malaysia.

Penulis berharap agar kita lebih sedar akan hal ini.Sedarlah wahai masyarakat.Janganlah kedinamikkan bahasa Melayu dipermainkan.