
Secara amnya, disleksia bukanlah merupakan satu penyakit atau wabak yang boleh berjangkit dan ianya boleh dikesan melalui sistem bacaan dan juga cara penulisan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menghidapainya akan merasakan diri mereka ini susah untuk menulis apatahlagi untuk membaca.
Pemasalahan disleksia ini bukanlah sesuatu yang baru diperkatakan malah banyak kajian yang dilakukan, berikutan punca dan cara penyelesaiannya masih lagi misteri di kalangan ahli-ahli psikologi.
Ibubapa yang kurang arif mengenai pemasalahan ini akan menyalahkan sebulat-bulatnya terhadap guru-guru yang mengajar anak-anak mereka. Tiada ubat bagi menyembuhkan kanak-kanak yang mengalami disleksia ini melainkan mereka yang mengidapnya perlu menjalani program khas yang berstrukturkan ‘phonology’.
Disleksia merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu ‘dys’ yang bermaksud ‘kesukaran’ dan ‘lexia’ yang bermaksud ‘perkataan’. Sekiranya diterjemahkan secara langsung, disleksia membawa erti ‘kesukaran dengan perkataan’. Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan di antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf.
Disleksia ini hanya boleh dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit dengan pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Pengidap disleksia biasanya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial


No comments:
Post a Comment